Saturday 3 January 2009

Penuhi Hati Dengan Allah 7

Keluarlah dari kamu sendiri dan serahkanlah segala-galanya pada tuhan. Maksud keluarkan disini adalah jangan tunduk dengan hawa nafsu dan tunduklah dengan syariat Allah.

Penuhilah hatimu dengan Allah. Patuhlah pada perintahNya dan larikan diri dari laranganNya agar nafsu badaniah kamu tidak memasuki hati kamu setelah ianya keluar.

Membuang nafsu

Untuk membuang nafsu-nafsu badaniah dari hatimu, kamu hendaklah berjuang melawannya dan jangan menyerah kepadanya dalam semua keadaan dan masa. Oleh jangan berkehendakkan kepada sesuatu yang bukan kehendak Allah. Kehendak kamu yang bukan kehendak Allah adalah nafus badaniah. Kehendak ii jika diturut, akan merosakkan diri kamu dan menjauhkan kamu dari Allah.

Patuhilah perintah Allah dan jauhilah larangannya dan bertwakallah kepada dia sahaja dan sesekali jangan menyengutuiNya. Dia yang menjadikan nafsu dan kehendak kamu. Oleh yang demikian, janganlah berkehendakkan atau berhajatan atau bercita-cita untuk mendapatkan sesuatu supaya kamu tidak tercebur ke lembah syirik.

Allah berfirman : Barangsiaa yang bercadang hendak bertemu dengan Tuhannya, dia hendaklah beramal soleh dah jangan menyekutukan Allah dengan apa jua.

Syirik

Syirik itu bukan sahaja semata-mata menyembah berhala. Syirik itu juga termasuk menurut hawa nafsu dan menyengutukan apa sahaja yang di dunia dan yang diakhirat dengan Allah, kerana apa sahaja yang selain Allah bukanlah tuhan. Oleh itu jika kamu tumpukan hati kamu selain Allah, maka kamu telah syirik.

No comments: