Sunday 11 January 2009

Media Massa

Syarahan TA, antara point2nya:

Di atas dunia ini ada berbagai2 blok (kesatuan, kumpulan) dan antaranya ialah blok a'si, blok munafik, blok kafir dan ada juga blok akhirat (ahlullah). Antara ciri2 yg diperlukan utk memasuki blok ahlullah perlu ada sifat siddiq, amanah dan fathonah. Bila tiada sifat2 ini, siapa2pun akan dihumban ke dalam neraka wail (fawailullil musallin), kerana golongan ini masih tidak solat, masih tidak duduk dalam '"ta'ani", masih berbuat sesuatu utk tujuan "yuraaa'un" (agar dipandang manusia). Termasuk dlm amanah itu adalah perintah utk menjaga diri dan keluarga (qu anfusakum wa ahlikum nara) dari api neraka.

Media massa adalah satu alat yg kuat. Naiknya blok2 kafir itu dgn sebab media massa, hancurnya blok Ahlullah dgn sebab media massa, tetapi TIADA SIAPA YG PERNAH MEMIKIR BAHAWA BLOK AHLULLAH JUGA BISA NAIK DGN SEBAB MEDIA MASSA , sdg media yg ada pd seseorang itu sebenarnya bergantung atas zhon dia kpd Tuhannya (ana i'ndi zhonni abdi bihi). Jadi dalam masa yg sangat dekat ini, semuanya dipesan agar memperbetul media. Didalam solat setiap hari semua berikrar "inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil a'lamin" (sesungguhnya solatku, kerjabuatku, hidupku dan matiku hanya untuk Tuhan rabbul alamin) dan berapa kerat pula yg dapat menjaga medianya agar berbetulan dgn ikrar yg dibaca setiap hari dan seterusnya bersesuaian dgn qudwatun hasanah yg ditunjuk oleh Kemurabbian Guru dan Rasulullah saw.WA.

No comments: