Tuesday, 13 January 2009

LAPORAN RAPAT UMUM KOK SIRA 2008

Tarikh :17 Disember 2008

Tempat : MNI Kok Sira

Tetamu: D.O. Narathiwat, Suriyad, para pemimpin orang Islam, penghulu dan imam serta ustaz-ustaz sekitar narathiwat, Pattani dan Yala. Sekitar 50 orang luar.

Tajuk: Pembunuhan dan kezaliman bukan jalan penyelesaian.

Sehari sebelum majlis, wakil jeneral tentera siam telah menaiki beberapa lori pickup hadir memeriksa kawasan pondok disertai unit pengesan bom.

Point Ucapan Ayah:


1. Setelah 23 tahun ayah buka kok sira, barulah org Islam datang berjumpa ayah.

2. Ayah pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dalam jaga. Murid syeikh Abdul Qasir Jilani dan Nabi Khidir a.s.

3. Perbincangan ayah dengan Ketua Sami, sami kata ”awak jaga orang Islam, saya jaga org buddhist”. ”Politik jahat” ”mari kita bersatu menentang kezaliman”

4. Pembunuhan bukan sunnah Rasulullah.

5. Jangan perasan dah buat ibadah selagimana tak sampai hakikat

6. Ayah adalah penasihat kepada Pak Lah, Anuar, Yusof Kalla.

7. Tolong cermat, jangan berlagak.


Ayah ditemuramah oleh wartawan TV5 Thailand. Nasihat ayah kepada umat Islam di sana:

1. Jangan buat sesuatu perkara yang diluar dari kemanusiaan

2. Kezaliman dan pembunuhan bukan jalan penyelesaian

3. Selaku kita hamba Allah, bersatu menentang kezaliman.


D.O. Narathiwat pernah berguru dengan sami besar Wachirayan, jadi dia akan memberikan laporan positif terhadap perkembangan terkini hubungan antara umat Islam dengan pemimpin dan tentera Thai serta usaha yang ayah lakukan. Dia memberikan peruntukan RM 1000 untuk majlis ini.

From Wikipedia, the free encyclopedia:

The Tak Bai incident is an event that occurred on October 25, 2004 in Tak Bai, Thailand, which resulted in at least 85 deaths.Six local men were arrested. A demonstration was organized to demand their release and the police called in army reinforcements. After some demonstrators threw rocks and attempted to storm the police station, security forces used tear gas and gunfire in response.[1]Hundreds of local people, mostly young men, were arrested. They had their shirts taken off, bound with their hands tied behind their backs, and made to lie face down on the ground. Video footage shows soldiers kicking and beating those already bound and helplessly lying on the ground.[2]Later that afternoon, those arrested were thrown by soldiers into trucks to be taken to an army camp in the next province of Pattani. The prisoners were stacked five or six deep in the trucks, and by the time the trucks reached their destination three hours later, many had suffocated to death.Reports claim that 7 died as a result of gunshot wounds. The rest are believed to have died either from suffocation or beatings.[3]This incident sparked widespread protests across Thailand. VCDs were made by Muslim groups showing footage of the events as well as some speeches. These VCDs were circulated among Muslims in Thailand.[4] The government said that it was illegal to own copies of the VCDs and said it could prosecute anybody who has a copy.[4]Shortly after the incident, PM Thaksin Shinawatra's first response defended the army's actions and said the men died "because they were already weak from fasting during the month of Ramadan."[5]As of January 1, 2006, no members of the security forces responsible were brought to justice.[6]Prime Minister Surayud Chulanont gave a formal apology for the incident on 2 November 2006.[7]

WA

786

Ilahi anta maksudi wa ridhoka matlubi a'athini mahabbataka wa ma'arifataka
66929815

"Homeopathy for all"

Syarahan 78 [ Fana']

Fana'

Wahai Manusia Fana' ialah menafikan semua makhluk dan menukar keadaan kamu kepada keadaan malaikat, kemudian balik semula kepada mula, kemudian tuhan mu aka memelihara kamu dan menjaga kamu sebagaimanan yang dikehendakiNya.

Kerja Makrifatullah

Berlaku wara' kerja satu jam, bersederhan dalam segala hal adalah kerja dua jam, tetai makrifatullah ialah kerja sentiasa.

Syarahan 72 [Pasar]

Orang-orang yang berugama [Islam] yang pergi ke pasar, dengan mematuhi agama, melakukan perintah Allah seperti sembahyang Jumaat atau lain-lain perhimpunan keagamaan atau menyempurnakan keperluan mereka. Mereka yang pergi ke pasar adalah terdiri dari berbagai jenis.

1- Ada yang pergi ke pasar dan menlihat barang-barang yang dijual untuk mengisi perut dan memuaskan selera, maka mereka terpengaruh oleh barang-barang itu dan hati merera terikat dengannya dan denga itu mereka termasuk dala satu ujian.

Ini mungkin menjatuhkan dirinya dan boleh mengubah [pegangan] Agamanya, lalu dipengaruhi dengan oleh hawa nafsu kebinatangan kecuali Allah memelihara mereka dengan rahmatnya, perlindungannya, dan memberi mereka itu kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi tarikan hawa nafsu. Hanya dengan pertolongan Allah sahaja mereka selamat.

2- Ada pula setengahnya apabila mereka telah menyedari yang mereka hampir tergelincir ke lembah kemurkaan Allah, maka mereka lekas kembali masuk ke pangkuan agama dan mengawal diri mereka supaya tidak terjerumus.

Mereka ini ibarat pahlawan yang menegakkan agama dan ditolong oleh Allah untuk mengawal diri mereka supaya mereka tidak dijajahi oleh nafsu yang rendah itu. Allah akan menberi mereka ganjaran.

3- Ada setengahnya pula yang tidak melihat dan tidak sedar kepada kesedapan yang ada pada pasar atau pekan. Mereka buta kepada yang lain kecuali Allah. Mereka sibuk dengan Allah hingga lupa yang lain. Mereka ini jauh dari dunia dan kesibukkannya.


Kalau kamu bertanya kepada bertanya kepada orang yang demikian di pasar atau di pekan, mereka akan menjawab "kami tidak nampak apa-apa pun".

Ya, mereka nampak barang-barang di pekan atau di pasar itu dengan mata zahir sahaja dan tidak melihat dengan mata batin mereka. Mereka melihat sahaja tetapi tidak melihat dengan hawa nafsu yang rendah [hina]. Pandangan itu pada rupa lahir bukan pada hakikatnya. Pandangan itu pada lahir bukan pada batin. Pada lahirnya mereka lihat barang-barang dan benda-benda dipasar atau dipekan, tetapi mata hati mereka, apa yang mereka nampak adalah Allah, malah mereka nampak sifat keagungNya [Jalal] dan kadang-kadang dengan sifat lemah lembutnya dan keindahannya.

Syarahan 60 [Kehidupan Kerohanian]

Kehidupan Kerohanian

Awal kerohanian (pengembaraan kerohanian) ialah keluar dari segala kehendak-kehendak hawa nafsu dan masuk dalam jalan hukum [syaria] dan kemudian masuk ke takdir dan selepas itu masuk semula kedalam kehendak nafsu tetapi dalam keadaan menjaga hukum.

Oleh yang demikian kamu kenalah keluar dari hawa nafsu dalam hal makanan, minuman, pakain perkahwinan, perumahan, kecenderungan dan kebiasaan, dan masuk ke dalam hukum-hukum [syariat] Allah. Kamu hendakla menurut al-Quran dan Hadis.

Syarahan 25

Mencapai Kebahagiaan

Ada empat peringkat dalam mencapai kebahagiaan. Peringkat pertama ialah dengan memenuhi kehendak hawa nafus kebinatangan semata-mata. Kebahagiaan jenis ini diharamkan.

Peringkat kedua dengan menuruti segala hukum dan undang-undang Allah.

Peringkat ketiga ialah peringkat batin dan peringakat ini adalah peringkat kewalian melalui membuang hawa nafsu kebinatangan.

Peringkat keempat ialah peringkat keredhaan dan kurniaan ilahi. Disini lenyaplah segala kehendak dan maksud. Ini adalah peringkat Badaliat.

Monday, 12 January 2009

Blok Ahlullah 2

Syarahan TA antara point2nya:Bahawa blok2 yg dimasuki oleh seseorang itu berbeza2, ada yg memasuki blok ammarah, ada yg memasuki blok lawwamah dan ada juga yg memasuki blok mutmainnah. Yg dimaksudkan dgn ayat "qu anfusakum wa ahlikum nara" itulah menendang blok2 ammarah dan lawwamah dan lantas naik kepada blok mutmainnah.

Mereka yg duduk dlm blok ammarah dan lawwamah ada juga berbuat baik, tetapi juga berbuat jahat. Solat org2 blok ini tidak berupaya utk "tanha a'nil fahsya' wal munkar" (menegah dari berbuat perkara keji dan mungkar), dan oleh sebab itulah mereka akan dihumban ke dalam neraka wail - "fawailul lil mushallin". Kebaikan yg dikerjakan oleh blok2 ammarah dan lawwamah ini, walaupun ada, tetapi sangat "khoffat mawazinuhu" (ringan timbangannya) dan justeru itu tidak berupaya utk "tanha a'nil fahsya' wal munkar" dan adalah sangat2 tidak bersesuaian dgn blok akhirat.WA.

Sunday, 11 January 2009

Perkembangan Tarekat Ahmadiyah di Malaysia & Nusantara

Tarekat Ahmadiyah masuk ke Malaysia pada permulaan abad ke-20 melalui tiga orang ulama iaitu melalui Syeikh Abdus Shomad bin Muhammad Saleh (Tuan Tabal) di Kelantan, Hj Shafii Muhammad Saleh (Tok Shafii) yang berasal dari Kedah dan Hj Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi di Negeri Sembilan. Di Kelantan, tarekat yang dibawa oleh Tuan Tabal dikenali sebagai Ahmadiyah al-Rashidiyah. Manakala di Linggi, Negeri Sembilan dikenali sebagai Ahmadiyah al-Rashidiyah al-Dandarawiyah.

Di Kelantan, Tuan Tabal mengajar tarekat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu tetapi secara terhad kepada keluarga dan murid-muridnya yang tertentu sahaja dan bukan untuk disebar luas kepada masyarakat awam. Apabila Hj Muhammad Said al-Linggi datang ke Kota Bharu pada zaman seterusnya dan mengajar tarekat di sana, ramai pengikutnya yang mendapat majzub dan mabuk Allah dengan cepat setelah beramal dengan zikirnya. Suasana ini tidak disenangi oleh orang yang tidak faham tentang tarekat dan menimbulkan kekecohan. Perkara ini menyebabkan Raja Kelantan terpaksa meminta nasihat dari ulama’ iaitu Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fahthoni yang berada di Mekah ketika itu.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1323H (1905 M). Wan Ahmad dalam jawapan yang panjang lebar menjelaskan bahawa ada beberapa tingkatan majzub dan bagi beliau hal itu adalah suatu yang mungkin terjadi jika Allah s.w.t. menghendaki. Beliau juga menerangkan bahawa beliau pernah menerima tarekat Ahmadiyah, “Tetapi sekarang belum hamba merasakan jazbah, seperti orang yang pernah merasainya”.

Di Ampangan, Negeri Sembilan, Hj Muhammad Said al-Linggi mengajar tarekat secara terbuka kepada orang awam. Beliau mengembangkan tarekat Ahmadiyah dibeberapa tempat antaranya iaitu di Kedah, Kelantan, Terengganu, Singapura, Saigon, Ayuthia (Thailand), Burma dan Pulau Riau. Masjid Haji Jamaluddin di Ayuthia, utara Bangkok yang beliau asaskan sempena nama bapa beliau masih kekal hingga hari ini. Hasil usaha beliau mengikut kiraan yang tidak rasmi, pengikut tarekat Ahmadiah di Negeri Sembilan sahaja telah berjumlah lebih 75% dari jumlah penduduk negeri tersebut. Hj Muhammad Said al-Linggi pernah bersahabat dengan Syeikh Ismail Lundang Paku yang merupakan murid kepada Tuan Tabal. Perlu dimaklumkan bahawa ketika itu Tuan Tabal telahpun meninggal dunia.

Adapun Tok Shafi’e Kedah bermastautin dan mengajar di dalam Masjidil Haram, Mekah. Ramai para ulama dari nusantara pernah mengaji ilmu Tasawuf dan sebahagiannya mengambil ijazah tarekat Ahmadiyah daripada beliau. Antaranya ialah Hj Ismail bin Idris yang merupakan datuk kepada Syeikh Mahmud.

Wallahu A'lamIlahi anta maksudi wa ridhoka matlubi a'athini mahabbataka wa ma'arifataka

66929815