Thursday 4 June 2009

Konsep Jadhbah

Konsep Jadhbah

Pengenalan

Jadhbah merupakan ciri sangat penting bagi guru tarikat. Mereka ibarat jurulatih dalam sesuatu tarikat. Kerana tugas guru tarikat adalah membentuk dan memproses peribadi manusia ke arah insan kamil. Ia adalah satu proses pengendalian yang sangat sukar dilaksanakan, malah tidak boleh dilaksanakan hanya semata-mata menggunakan kekuatan akal biasa. Akal mempunyai kapasiti yang terhad dan terbatas. Akal memerlukan bimbingan wahyu.

Dalam tarikat, guru dipanggil sebagai mūrabbi atau mūrshid. Terdapat perbezaan antara mūrabbi atau mūrshid. Mūrabbi ialah seorang majdhub yang telah selesai dirinya dari latihan kerohanian yang telah mencapai nafsu marḍhiah atau kamilah. Guru mūrabbi berkemampuan membimbing muridnya sampai mencapai nafsu mutmainnah, rāḍhiah, sehingga marḍhiah.

Adapun mūrshid seorang yang telah selesai dirinya daripada latihan kerohanian dan telah mencapai nafsu rāḍhiah. Guru mūrshid hanya mampu membimbing muridnya mencapai nafsu mutmainnah.(Mahmud Abd Rahman 2009)

Konsep Jadhbah Atau Tarikan

Jadhbah berasal dari perkataan Arab “جذب” yang memberi maksud menarik. Menurut al-Mu’jam al-Asasi “ جذب الشيء” bermaksud : حوله عن موضعه أو جره ( جذب الغريق الي الشا طيء من يديه ) bermaksud : menarik sesuatu : memindahkan atau menukar sesuatu dari tempatnya ( yang asal) ( Dia telah telah menarik (keluar) orang yang tenggelam dengan tangannya.


Menurut kamus dewan “menarik” bermaksud :

1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat.
2. mencabut, mengambil, meng-hunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu;.

Menurut kamus dewan “tarikan” bermaksud :

1. sesuatu yg ditarik, hasil menarik 2. daya menarik, perihal menarik : ~ bumi ke atas sesuatu benda yg berdekatan dengannya disebut berat benda itu;

“Tarikan” juga memberi makna seerti dengan heretan: helaan, seretan, runtutan, ragutan, renggutan, sentakan, sentapan, rentapan, rengkuhan

Jadhbah Menurut Amalan Tasawuf Islami.

Jadhbah menurut Tasawuf Islami bermaksud “tarikan Allah terhadap insan kepada hadhatNya sedangkan insan tersebut merasakan seolah-olah tidak berada bersama dengan insan lain yang berada di alam nyata” (Wan Ahmad Muhammad Zain al-Fathani, 2002). Orang yang telah mendapat jadhbah dipanggil majdhub. Majdhub bermaksud “manusia yang ditarik oleh Allah kepada alam yang lain dari keadaan biasa. ” (Wan Ahmad Muhammad Zain al-Fathani, 2002).

Huraian Definisi
Pada pandangan pengkaji “tarikan” dalam definisi di atas memberi maksud “mengubah” atau “memindah”. Perkataan “tarikan” juga disandarkan kepada Allah. Dapat difahami di sini bahawa berlaku jadhbah adalah kehendak Allah, perbuatan Allah, tiada di sana campur tangan makhluk. Allah berkuasa terhadap apa yang Dia kehendaki. Allah yang mengubah, memindahkan atau menukar kedudukan seseorang hambanya yang Dia pilih.

Tarikan Allah kepada insan tersebut menuju ke dalam haḍratNya. Haḍrat berasal dari perkataan bahasa arab yang memberi maksud datang. Haḍrat menurut kamus dewan bermaksud :

1. hadapan (Allah, Nabi, raja): hendaklah engkau sangat-sangat menyerah­kan dirimu ke ~ Allah Taala; datang ke ~ paduka anakanda Seri Sultan Alauddin Riayat Shah.

2. majlis (perjumpaan) yg ber­hubung­an dgn agama.

Dapat kita faham bahawa maksud “tarikan Allah terhadap seorang insan ke dalam hadratNya” ialah Allah telah mengubah pandangan mata hati seseorang untuk sentiasa melihat dan memandang kepadaNya. Allah meletakkan hambanya sentiasa dalam Insan sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud :

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu.

Ungkapan “sedangkan insan tersebut seolah-olah merasakan seolah-olah dia tidak bersama dengan insan yang lain” memberi maksud Allah telah memindahkan segala penglihatan, pendengaran, pemikiran, minda, perasaan, seseorang berada dalam Kebesaran dan Keagungan Allah. Maka seorang yang majdhub adalah dibawah kawalan Allah sebagaimana yang difahami dari Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.

Hadis di atas membayangkan bahawa orang majdhub adalah orang muqarrabīn yang yang sangat dicintai oleh Allah. Ini dapat difahami dari definisi di atas bahawa orang majdhub adalah seorang insan yang dipindahkan segala pendengaran, penglihatan, tindak-tanduk adalah dibawah bimbingan Allah. Maka orang majdhub tersebut tidak mendengar, melihat, bergerak, bertindak mengikut pemikiran akal dan minda perasaannya. Tindakan itu bukannya pilihan akal, minda dan perasaannya. Tindakan adalah pilihan dan kehendak Allah. Mereka adalah manusia yang telah Allah tukar pendengaran, penglihatan, tindak-tinduk mereka hanya semata-mata datang dari Allah.

Jika dia bertindak sesuatu, bukan dia yang hendak bertindak melakukan sesuatu tersebut, tetapi Allah yang menggerakkan jasadnya untuk bertindak. Maka tindakan tersebut bukannya tindakan yang datang dari pemikirannya, tetapi Allah yang berkehendakkan kepada tindakan tersebut. Allah yang perlakukan tindakan tersebut terhadap insan tersebut. Ini dikuatkan dengan firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 17 :

öNn=sù öNèdqè=çFø)s? ÆÅ3»s9ur ©!$# óOßgn=tGs% 4 $tBur Mø‹tBu‘ øŒÎ) Mø‹tBu‘ ÆÅ3»s9ur ©!$# 4’tGu‘ 4 u’Í?ö7ãŠÏ9ur šúüÏZÏB÷sßJø9$# çm÷ZÏB ¹äIxt/ $·Z¡ym 4 žcÎ) ©!$# ìì‹ÏJy™ ÒOŠÎ=tæ ÇÊÐÈ
Maksudnya : 17. maka bukanlah kamu Yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah Yang menyebabkan pembunuhan mereka. dan bukanlah Engkau (Wahai Muhammad) Yang melempar ketika Engkau melempar, akan tetapi Allah jualah Yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang Yang beriman Dengan pengurniaan Yang baik (kemenangan) daripadanya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Menurut Ibnu Kahtir menunjuk sesuatu perbuatan adalah datang dari Allah, bukan dari tenaga, daya upaya manusia. Allah s.w.t adalah yang mencipta perbuatan hamba-hambanya. Segala kebaikan adalah datang dari Allah. Manusia hanyalah hamba semata-mata. Tidak lebih dari itu. Difahami dari ayat di atas ketika Baginda Rasulullah s.a.w. melontar, rasul dalam keadaan jadhbah. Beliau telah pindahkan oleh Allah kehadraNyat, Rasulullah membaling dengan penuh dirinya merasakan kebesaran Allah, bukan merasanya duduk di alam biasa. Allah mengurniakan kemenangan dalam perang badar sebagaimana Allah nyatakan dalan surah Ali Imran ayat 123 :

ô‰s)s9ur ãNä.uŽÇtR ª!$# 9‘ô‰t7Î/ öNçFRr&ur ×'©!ÏŒr& ( (#qà)¨?$$sù ©!$# öNä3ª=yès9 tbrãä3ô±n@ ÇÊËÌÈ
Maksunya : 123. dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

Ibnu Kathir menjelaskan dalam tafsirnya :
قَالَ عَلِيّ بْن أَبِي طَلْحَة عَنْ اِبْن عَبَّاس رَفَعَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَيْهِ يَعْنِي يَوْم بَدْر فَقَالَ " يَا رَبّ إِنْ تُهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَة فَلَنْ تُعْبَد فِي الْأَرْض أَبَدًا " فَقَالَ لَهُ جِبْرِيل خُذْ قَبْضَة مِنْ التُّرَاب فَارْمِ بِهَا فِي وُجُوههمْ فَأَخَذَ قَبْضَة مِنْ التُّرَاب فَرَمَى بِهَا فِي وُجُوههمْ فَمَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ أَحَد إِلَّا أَصَابَ عَيْنَيْهِ وَمَنْخِرَيْهِ وَفَمَه تُرَابٌ مِنْ تِلْكَ الْقَبْضَة فَوَلَّوْا مُدْبِرِينَ

Maksudnya : berkata Ali ibn Abi Talha dari Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. mengangkat tangannya berarti pada Badar maka berkata : Ya Allah, Jika binasa umat yang kecil ini maka tiada siapa yang akan menyembah mu di bumi ini. Maka Jibril berkata kepada Baginda Rasulullah s.a.w : ambil segenggam tanah maka campak tanah tersebut di muka mereka (orang musyrikin). Maka Rasulullah s.a.w. mengambilnya dan mencampakkannya kerarah mereka, tidak ada seorang musyrikin yang tidak terkena tanah tersebut malah mata, hidung,, mulut mereka terkena tanah yang dicampakkan dan akhirnya mereka berundur.

Perbuatan Rasulullah s.a.w. mengambil tanah tersebut bukan kehendak Rasulullah s.a.w. Ia datang dari Allah melalui Jibril a.s. Rasulullah tidak berada di alam biasa. Akan tetapi Rasulullah s.a.w. ditukarkan oleh Allah ke alam lain. Ini bermakna Baginda Rasulullah s.a.w. berada dalam jadhbah.

Di antara peristiwa yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. telah ditukar oleh Allah dari alam biasa ke alam lain sebagaimana tercatat sejarah di mana Rasulullah sedang mengkebumikan tokoh-tokoh besar musyrikin Quraisy. Di antara tokoh-tokoh yang berkaliber besar dari kaum Musyrikin Quraisy yang tewas itu antara lain Abu Jahal bin Hisyam (panglimanya), 'Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, Umaiyah bin Salt. Semua mayat musuh itu dimasukkan ke dalam sebuah lubang, lalu ditimbuni dengan tanah. Rasulullah lalu berdiri di tempat itu dan berkata:

"Hai Ahli Lubang, hai Abu Jahal bin Hisyam, hai 'Utbah bin Rabi'ah, hai Syaibah bin Rabi'ah, hai Umaiyah bin Salt, apakah kamu sudah memperoleh apa-apa yang dijanjikan Tuhan kamu kepada kamu sekalian? Kami sudah memperolehi apa yang pernah dijanjikan Allah kepada kami." Mendengar itu para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Ya Rasulu'llah, apakah engkau menyeru orang-orang yang sudah menjadi bangkai?" Rasulullah menjawab: "Mereka lebih mendengar daripada kamu akan apa-apa yang saya ucapkan itu, hanya mereka tidak dapat menjawabnya."

Peristiwa ini jelas di mana menunjukkan bahawa Rasulullah sedang berada dalam jadhbah, di mana Allah telah pindahkan Rasulullah di alam lain dari alam biasa.




Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 25 :

ô‰s)s9 ãNà2uŽÇtR ª!$# ’Îû z`ÏÛ#uqtB ;ouŽÏWŸ2 tPöqtƒur Aû÷üuZãm øŒÎ) öNà6÷Gt6yfôãr& öNà6è?uŽøYx. öNn=sù Ç`øóè? öNà6Ztã $\«ø‹x© ôMs%$Êur ãNà6ø‹n=tæ Ùßö‘F{$# $yJÎ/ ôMt6ãmu‘ §NèO NçGøŠ©9ur šúï̍Î/ô‰•B ÇËÎÈ
Maksudnya : 25. Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah Dengan sebab bilangan kamu Yang ramai; maka bilangan Yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi Yang Luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.

Ketiga-tiga ayat di atas memberi satu pengertian tentang penting seorang yang Allah pindahkan kepada kehadratNya sehingga dia merasa seolah dia tidak bersama dengan insan lain. Yang perlu dia rasakan hanya bersama Allah, barulah bantuan datang dari Allah. Apabila seseorang sudah dikurniakan jadhbah, dia sudah duduk di satu alam lain yang hanya dia nampak hanya kebesaran dan keagungan Allah. Kemenangan itu setelah umat Islam sepenuhnya dalam memandang kehadratnya.









------------------

No comments: