Saturday 3 January 2009

Hampir dengan Tuhan 17

Yang dimaksudkan hampir dengan tuhan dan bersatu dengan tuhan itu ialah "kamu mengosongkan hati kamu dari makhluk Allah, hawa nafsu, dan segala yang dari Allah", sehingga hati kamu dipenuhi dengan oleh Allah dan Af'alnya [kelakuan atau kelakuannya].

Maksud fana'

Kamu tidak bergerak melainkan Allah mengerakkan kamu. keadaan seperti dinamakan fana'. 'Fana' inilah yang dimaksudkan dengan dimaksudkan "bersatu dengan tuhan". tetapi ingatla bersatu dengan tuhan bukanlah seperti bersatu dengan makhluk ataupun yang lain ari tuhan.

Tidak ada suatupun yang seumpama dengan dia, sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Maksud Khaliq

Al-khaliq itu tidak serupa dengan apa yang kamu sangkakan. Hanya orang yang telah mengalami dan menyedari proses bersatu dengan tuhan sahaja yang, yang mengerti dan faham apa yang dimaksudkan dengan tuhan "bersatu dengan tuhan"

Orang yang tidak mengalami dan tidak merasa, tidak boleh menceritakan atau menjelas dan juga mengerti apa yang dimaksudkan dengan "bersatu dengan tuhan"

Tiap-tiap orang merasa pengalaman tersebut, mereka mempunyai rasa dan pengalaman tersendiri. Masing-masing mempunyai dan pengalaman tersendiri.

Rahsia dalam kerohanian

Pada diri setiap para rasul dan wali-wali itu ada rahsia. Masing-masing ada rahsianya. Seseorang itu tidak dapat mengetahui rahsia yang ada pada seorang yag lain. Kadang-kadang murid mempunyai rahsia yang tidak diketahui oleh gurunya. Adakalanya rahsia ada pada guru itu tidak dapat diketahui oleh murid, meskipun murid itu telah hampir sama derajat dengan guru itu.

Guru dan murid dalam kerohanian

Apabila seseorang murid mencapai keadaan kerohanian yang ada pada gurunya, maka dia disuruh menceraikan dirinya dari guru itu. Dengan perkataan lain, dia sekarang telah setaraf dengan guru. Murid itu tercerai dari guru itu, dan Allah sahaja menjadi penjaganya dan Allah akan menceraikan dia dari segala makhluk. Perkara ini boleh dibaratkan bahawa guru itu umpama ibu dan murid umpama bayi yang masih menyusu. Apabila umur bayi itu cukup 2 tahun aka dia berhenti menyusu dari ibunya.

Tidak ada pergantungan dengan makhluk berlaku setelah terhapusnya hawa nafsu dan kehenfak0kehendak kemasusiaan. Guru atau syeikh itu hanya perlu selagi murid itu masih ada hawa nafsu angkara murka dan kehendak-kehendak badaniah yang mana perlu dihancurkan. Setelah semua itu hilang dari murid tadi, maka tidaklah lagi guru diperlukan kerana murid murid itu sekarang tidak ada lagi kekurangnya dan dia telah sampai ke nafsu yang sempurna [kamilah].

No comments: